Isnin, 9 Februari 2009

PetuaKewangan-TambahDuit

krisis ekonomi dunia 2009 :


*Di German kilang microchip Qimondo AG ditutup kerana tidak ada permintaan.

*Dua buah bank di Demark jatuh muflis.

*Bank EBH yang ke 6 terbesar di Denmark tutup kedai.

*Bank Skilde yang ke 10 terbesar di Denmark tutup kedai.

*Di Sepanyol 15% penduduk hilang kerja. Ertinya 3.2 warga Sepanyol juta hilang kerja

*Di Shenzan China – 300 buah kilang membuat permainan kanak-kanak di tutup.

*Di United Kingdom nilai pound sterling gugur. Secara resmi kerajaan Parti Buruh Gordan
Brown kelmarin telah menerima hakikat bahawa keadaan ekonomi meleset.

*Amerika Syarikat, Jepun dan German telah juga di resmikan sebagai negara ekonomi meleset.

*Di Malaysia beratus ribu pekerja khususnya dari sektor perkilangan akan kahilangan kerja.

*Semua ekonomi kapitalis dalam dunia pada ketika ini sedang dalam krisis.


tapi ada cara nak tambah duit masa krisis ekonomi ni..mula-mula kena duduk di bahagian pentadbir sekolah..contohnya kau jadi pengetua..lepas tu kau suruh la guru disiplin laksanakan rancangan ni..tak pun kalau taknak kongsi untung..guru disiplin sendiri yang buat..tapi still kena kongsi dengan koperasi sekolah sebab koperasi pun ada peranan..Cara dia macam ni...


-Suruh budak sekolah pakai nametag dan lencana baru. Walaupun lencana lama nampak lagi profesional dan tak bodoh macam nametag jahit berwarna warni dan lencana lekat baru ni. Bayangkan kalau satu sekolah dah berapa koperasi dapat kalau sorang budak wajib beli 4 nametag dan 2 lencana.

-Buat peraturan baru kunci mangga kat setiap dorm. Nak beli mangga boleh mintak deposit kat budak dulu. Lepas dah claim kat sekolah baru bagi balik duit kat budak akhir tahun nanti. Lepas tu buat peraturan rampas mangga dorm yang tak berkunci bila masa kosongkan asrama atau tak bersih waktu pagi. Bila budak nak tuntut balik mangga kena bayar rm1. Sehari kalau 5 dorm kantoi pon dah boleh buat duit.Lepas ni boleh buat untuk kelas pulak.

-Wajibkan budak sekolah pakai selimut seragam ikut warna rumah sukan. Ni macam kes nametag peranan koperasi lagi. Biar dan jangan kisah pasal selimut yang budak dah beli mahal pasal sekolah tak bagitahu awal-awal kena pakai selimut seragam.

-Rampas tshirt budak tak tentu pasal walaupun kat surau dan budak yang pakai kat dalam baju melayu pun kau rampas jugak. Bila dah kumpul banyak-banyak suruh budak tuntut dengan harga 50 sen satu baju.

-Yang kepala koperasi boleh ajar budak-budak yang jaga koperasi mintak orang tambah apa diorang beli dengan alasan tak ada duit syling macam ni "boleh tambah lagi 30sen/50 sen/20 sen tak?... bagi cukup __ringgit.. kitorang tak ada duit syiling la". Buat macam ni banyak-banyak kali sebab budak tak rasa beberapa puluh sen tu banyak. Padahal memang banyak sebab semua orang pun kena perkara yang sama.

-Semua peraturan ni tak boleh ditentang sebab budak dah dipaksa akur dengan alasan dah tandatangan surat akujanji dengan libatkan mak bapak budak sekali (secara paksa) dalam prospektus sekolah. Bijak tak?



rancangan di atas hanya cadangan kepada mana-mana guru yang nak tambah duit masa krisis ekonomi ni..tiada kena mengena dan tidak ditulis nama sekolah, guru, atau pihak koperasi mana-mana tempat..sebarang persamaan adalah atas sebab kebetulan...

bhaahahahahahahahahaa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan