Isnin, 9 Februari 2009

PayungEmas

Sudikah awak jadi girlfriend saya yang 2nd?
Agaknya kata2 manis ni pernah ke diluahkan seorang lelaki kepada seorang wanita?Aku tertanya-tanya adakah gadis bertuah tu akan menerima lamaran dia.Kalau dah kahwin orang panggil POLIGAMI tapi dalam situasi ni nak kata apa ekh?Siapa ada jawapan angkat tangan dan jawab!

Orang kata kalau isteri bagi suami kahwin lain maka dia akan dapat payung emas di syurga.Dengan berbesar hatinya, aku syorkan mana2 perempuan yg nak kan payung emas tu lembut2 kan la hati beri keizinan kahwin lain ya.*jgn marah!sebarang kemarahan sila lepaskan ke petak komen.

Wah,bukan senang tu dapat payung emas tau!Saja aku post tajuk ni sebab aku sedih tgok artis Malaysia sekarang banyak yang kahwin cerai sudah macam artis Hollywood.Apa ni?

Post ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau sudah mati.Hanya karutan yang terlintas di kepala otak aku yg berjambul ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan