Ahad, 15 Februari 2009

60 tips PIKAT wanita!!

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanit.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Isnin, 9 Februari 2009

PetuaKewangan-TambahDuit

krisis ekonomi dunia 2009 :


*Di German kilang microchip Qimondo AG ditutup kerana tidak ada permintaan.

*Dua buah bank di Demark jatuh muflis.

*Bank EBH yang ke 6 terbesar di Denmark tutup kedai.

*Bank Skilde yang ke 10 terbesar di Denmark tutup kedai.

*Di Sepanyol 15% penduduk hilang kerja. Ertinya 3.2 warga Sepanyol juta hilang kerja

*Di Shenzan China – 300 buah kilang membuat permainan kanak-kanak di tutup.

*Di United Kingdom nilai pound sterling gugur. Secara resmi kerajaan Parti Buruh Gordan
Brown kelmarin telah menerima hakikat bahawa keadaan ekonomi meleset.

*Amerika Syarikat, Jepun dan German telah juga di resmikan sebagai negara ekonomi meleset.

*Di Malaysia beratus ribu pekerja khususnya dari sektor perkilangan akan kahilangan kerja.

*Semua ekonomi kapitalis dalam dunia pada ketika ini sedang dalam krisis.


tapi ada cara nak tambah duit masa krisis ekonomi ni..mula-mula kena duduk di bahagian pentadbir sekolah..contohnya kau jadi pengetua..lepas tu kau suruh la guru disiplin laksanakan rancangan ni..tak pun kalau taknak kongsi untung..guru disiplin sendiri yang buat..tapi still kena kongsi dengan koperasi sekolah sebab koperasi pun ada peranan..Cara dia macam ni...


-Suruh budak sekolah pakai nametag dan lencana baru. Walaupun lencana lama nampak lagi profesional dan tak bodoh macam nametag jahit berwarna warni dan lencana lekat baru ni. Bayangkan kalau satu sekolah dah berapa koperasi dapat kalau sorang budak wajib beli 4 nametag dan 2 lencana.

-Buat peraturan baru kunci mangga kat setiap dorm. Nak beli mangga boleh mintak deposit kat budak dulu. Lepas dah claim kat sekolah baru bagi balik duit kat budak akhir tahun nanti. Lepas tu buat peraturan rampas mangga dorm yang tak berkunci bila masa kosongkan asrama atau tak bersih waktu pagi. Bila budak nak tuntut balik mangga kena bayar rm1. Sehari kalau 5 dorm kantoi pon dah boleh buat duit.Lepas ni boleh buat untuk kelas pulak.

-Wajibkan budak sekolah pakai selimut seragam ikut warna rumah sukan. Ni macam kes nametag peranan koperasi lagi. Biar dan jangan kisah pasal selimut yang budak dah beli mahal pasal sekolah tak bagitahu awal-awal kena pakai selimut seragam.

-Rampas tshirt budak tak tentu pasal walaupun kat surau dan budak yang pakai kat dalam baju melayu pun kau rampas jugak. Bila dah kumpul banyak-banyak suruh budak tuntut dengan harga 50 sen satu baju.

-Yang kepala koperasi boleh ajar budak-budak yang jaga koperasi mintak orang tambah apa diorang beli dengan alasan tak ada duit syling macam ni "boleh tambah lagi 30sen/50 sen/20 sen tak?... bagi cukup __ringgit.. kitorang tak ada duit syiling la". Buat macam ni banyak-banyak kali sebab budak tak rasa beberapa puluh sen tu banyak. Padahal memang banyak sebab semua orang pun kena perkara yang sama.

-Semua peraturan ni tak boleh ditentang sebab budak dah dipaksa akur dengan alasan dah tandatangan surat akujanji dengan libatkan mak bapak budak sekali (secara paksa) dalam prospektus sekolah. Bijak tak?



rancangan di atas hanya cadangan kepada mana-mana guru yang nak tambah duit masa krisis ekonomi ni..tiada kena mengena dan tidak ditulis nama sekolah, guru, atau pihak koperasi mana-mana tempat..sebarang persamaan adalah atas sebab kebetulan...

bhaahahahahahahahahaa.....

PayungEmas

Sudikah awak jadi girlfriend saya yang 2nd?
Agaknya kata2 manis ni pernah ke diluahkan seorang lelaki kepada seorang wanita?Aku tertanya-tanya adakah gadis bertuah tu akan menerima lamaran dia.Kalau dah kahwin orang panggil POLIGAMI tapi dalam situasi ni nak kata apa ekh?Siapa ada jawapan angkat tangan dan jawab!

Orang kata kalau isteri bagi suami kahwin lain maka dia akan dapat payung emas di syurga.Dengan berbesar hatinya, aku syorkan mana2 perempuan yg nak kan payung emas tu lembut2 kan la hati beri keizinan kahwin lain ya.*jgn marah!sebarang kemarahan sila lepaskan ke petak komen.

Wah,bukan senang tu dapat payung emas tau!Saja aku post tajuk ni sebab aku sedih tgok artis Malaysia sekarang banyak yang kahwin cerai sudah macam artis Hollywood.Apa ni?

Post ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau sudah mati.Hanya karutan yang terlintas di kepala otak aku yg berjambul ni.

Aizam's tag (first tag dr aqo..)

Bermula dengan bismillah ( bajet alim ) aku mulakan post yang terbaru ni.Tiada apa yang nak dikongsi tapi hanya matlamat menjawab tag rakan bloggerku yang comeyl merangkap Jiran Mak Jah atau lebih glamour dengan nama Radiusi Maya Algebra.

When do you want to get married?
-bila sudah1) dapat kerja tetap, ada rumah & kereta sport sendiri

2) What do you want the most now?
- nadra lah! (masih na msuk line)

3) Who is the person you trust the most?
- lovely family

4) Do you think you have enough confidence?
- belum confidence cara2 nak takel awek Indonesia & Jepun.yg len sudah confidence.

5) If you can have a dream come true, what would it be?
- become one of Manchester United's player & wearing jersey No. 7(padan muka Ronaldo xde baju!)

6) Do you believe in seeing a rainbow after the rain?
- yeah, cikgu sains sekolah rendah aku cakap pembiasan cahaya.btul kan?

7) What are you afraid to lose right now?
- Family, nadra, friends & mitsubishi lancer

8) Do you believe in eternal love?
- tah, ask Tuhan Yang Esa

9) If you meet someone you love, will you confess to him/her?
- i don't know

10) List out 3 good points of the reason who tagged you.
- cantik, menarik, tertarik kau mmg deboom! (cuba nyanyi ikut lagu Ruffedge)

11) What are the requirement do you wish from the other half?
- bisa katakan apa sahaja dong

12) What the type of person you hate the most?
- gedik, batu api & suka mengumpat(character lebih kurang Rita Rudaini dalam cerita Mami Jarum)

13) Do you cherish every friendship of yours?
- Sometime jek sebab manusia mesti pernah buat silap

14) What do you think is the most important thing in your life?
- Parents, friends, nyawaku & ibadahku

15) Do you find the needs to have a boyfriend?
- Bajet la oi.Haha

16) At this point in time, would you rather to be heartbreaker or heartbroken?
- Aku bukan insan bertanduk dua yang sanggup menjadi heartbreaker.

17) What kind of friend do you want to be in your friend's eye?
- Boleh share masalah, sporting & suka buat lawak sampai terburai usus perut

18) Describe the person who tagged you in 6 words.
- Awek comel baik jiran mak jah.

19) The place you wanted to go most with your loved ones.
- Makkah, bila sedar diri sudah nak putus nyawa(lagi awal lagi bagus).Aku insan berat dosa yang ingin bersihkan jiwa.

20) I'm going to tag..
- Sian korang aku saja nak tag.Terpulang nak jawab ke x ya!
- fyda
- bella
- kechik(Nah! aku tag jugak.)
- aerol
- neezam

Sabtu, 7 Februari 2009

ini salah satu HOBI saya! (PHOTOGRAPHER)





aizam; at school na msok club photography tp da pnoh, last2 msok club keusahawanan! biznez ue,, haha

not satisfied wif me??

hey!
if raserase qo da bgos sgt. tapayah larhh ckp blkng neyh weyh!! atoi, aqo ta suke larhh doe!! lbeyh baik qo jmpe aqo. ckp pe yg qo ta puas aty sgt gn aqo neyh.. qo ingt aqo na larhh gdohgadoh neyh. if qo ta cri psl dlu gn aqo , aqo ta cri pasl gn qo larh babi! suka mlot busok qo jep na kata aqo cm ue an!! aqo rse aqo ta pnah bwt makbpak qo mati an. so pe yang qo ta puas aty sgt gn aqo. aqo nak kte settle bersih!! shitman!
p/s; stiap manusia ad kekurangan larhh!!
fuck org ckp blakang!

Insan Cemerlang Ummahkan Terbilang

p/s; dengan krisis yg tlah mlnda dunia skrg. hayatilah lirik ini !!

insan cemerlang ummah terbilang
insan cemerlang suatu kejayaan
akhlak mulai menjadi sandaran
kearah memartabatkan negara terbilang

umah terbilang matlamat kita
islam hadhari menjadi asasnya
bersamalah kita menjayakannya
insan cemerlang ummahkan terbilang

al-quran sunnah menjadi pedoman
petunjuk ummah ke akhir zaman
ilmu pekerti teras kemajuan
memimpin insan kearah kecemerlangan

amanah dijunjung dengan setulusnya
budi bahasa indah amalan kita
bekerjasama asas insan cemerlang
demi melahirkan ummah yang terbilang

al-quran umpama mentari
memimpin ummah hidup yang hakiki
sempurna ilmu duniawi ukhrawi
ummah terbilang hingga akhirat nanti

bangkit semangat suatu keazaman
memburu cita dan juga impian
sains teknologi harus dikuasai
bertaraf tamadun era goblalisasi

negara maju matlamat kita
islam hadhari menjadi asasnya
bersamalah kita menjayakannya
insan cemerlang ummahkan terbilang!!

-aqo msok pertandingan nasyid peringkat daerah wif this song larrhh! tmpat ke-4 jep!!